Jafmanurin's Homestay » Berita

Ikan lumba-lumba tarikan baru ke Melaka
MELAKA 29 Sept. – Melaka yang terkenal kerana kepelbagaian produk pelancongan diiktiraf dunia kini mempunyai daya tarikan baru dengan kedatangan dua ekor anjing laut dan ikan lumba-lumba.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan seluas 1.2 hektar di Pulau Melaka sedang dibangunkan untuk tujuan tersebut melibatkan keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM30 juta.

Menurutnya, bagi peringkat pertama, pembinaan Taman Sealion bagi pertunjukkan anjing laut dijangka siap pada 15 November ini manakala kolam bagi ikan lumba-lumba pula siap sepenuhnya penghujung tahun depan.

”Kedua-dua produk terbaru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat Putri Indo Empat Lestari Sdn. Bhd. akan menambah tarikan pelancong ke negeri ini.

”Sebagai permulaan, Taman Sealion yang menempatkan kolam dan tempat pertunjukkan anjing laut sedang rancak dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan November ini.

”Bagi ikan lumba-lumba pula tempoh setahun diperlukan untuk pembinaan kolam yang luas dan kemudahan infrastruktur bagi pertunjukkan spesies itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak pembinaan Taman Sealion dan ikan lumba-lumba di Pulau Melaka di sini semalam.

Mohd. Ali berkata, projek pembinaan Taman Sealion sudah siap hampir 40 peratus yang menempatkan sebuah kolam untuk pertunjukkan anjing laut dan kemudahan 1,500 tempat duduk.

Katanya, bagi Taman Sealion ia melibatkan perbelanjaan berjumlah RM4.7 juta.

”Kita memang mengharapkan taman ini akan dapat dibuka kepada orang ramai pada 15 November kerana pada waktu ini adalah musim cuti sekolah yang dijangka menarik ramai pengunjung datang ke negeri ini,” katanya.

Beliau menambah, pembinaan taman itu mengikut konsep yang sama di Taman Lagoon di Singapura dan setiap hari sebanyak tiga pertunjukkan akan diadakan.

Katanya, setiap pertunjukan akan mengambil masa selama 45 minit.

”Kadar bayaran masuk untuk melihat pertunjukkan anjing laut belum ditentukan lagi yang akan ditentukan kemudian nanti,” katanya.

Mengenai projek pembangunan terbengkalai yang terdapat di Pulau Melaka yang mencacatkan pembangunan dua produk baru itu Mohd. Ali berkata, perkara tersebut kini di peringkat akhir untuk diselesaikan.

Katanya, kerajaan negeri masih menunggu keputusan mahkamah berhubung pengambilan semula projek pembangunan di situ daripada pihak pemaju.

”Keputusan pertama memihak kepada kerajaan negeri dan kita masih menunggu proses rayuan yang dikemukakan oleh pihak pemaju dan ia dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan,” jelasnya.

Salam Aidilfitri 2010

MITC Uptown Makin Rancak…
Hidupkan Suasana Malam Di Kota Fesyen

MITC Uptown Makin Rancak

AYER KEROH, 31 Mei – Meskipun baru tiga minggu beroperasi, namun suasana perniagaan di MITC Uptown, Kota Fesyen semakin rancak. Bermula dengan 68 orang peniaga, kini jumlahnya sudah mencecah 90 orang, sekaligus membuktikan sambutan yang cukup memberangsangkan dari para pengunjung.

Pengurus MITC Uptown Events, Fauzi Abu Bakar berkata, pihaknya masih mempunyai 100 peniaga baru dalam senarai menunggu.

“Kita sedang merancang untuk menambah lot-lot perniagaan baru bagi menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 260 lot secara berperingkat-peringkat,” ujar beliau.

Katanya, MITC Uptown bukan sahaja menjadi ‘lubuk rezeki’ kepada ramai usahawan muda Melaka, bahkan turut menjadi ’syurga membeli-belah’ baru kepada pengunjung tempatan dan luar.

Fauzi menjelaskan, selain berusaha mewujudkan satu identiti tersendiri kepada MITC Uptown, beberapa aktiviti sedang dirancang bagi menjadikan suasana malam di MITC Uptown cukup santai dan ceria.

“Kita turut menerima cadangan dari pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti hujung minggu di sini seperti pameran kereta dan motosikal serta program berbentuk keluarga,” ujarnya.

Beliau optimis, perniagaan di MITC Uptown akan menjadi semakin rancak sempena musim cuti sekolah 5 Jun dan menjelang temasya Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang akan bermula dari 10 hingga 19 Jun ini.

“Kita sedang merancang untuk menambah hari perniagaan di sini berbanding hanya Jumaat, Sabtu dan Ahad sekarang. Namun ia bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” ujar Fauzi.

- Mitc Uptown behampiran dengan Jafmanurin’s Homestay

500,000 Dijangka Kunjungi Pesta Sungai Melaka 2010…
Ramli Sarip, Shafinaz Buat Persembahan

500,000 Dijangka Kunjungi Pesta Sungai Melaka 2010

AYER KEROH, 28 Mei – Persiapan bagi mengendalikan Pesta Sungai Melaka 2010 yang akan bermula dari 1 hingga 30 Jun ini berjalan lancar kata Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Sungai Melaka 2010, Datuk Wira Omar Kaseh.

“Pesta Sungai Melaka ini dijangka akan mencatat kedatangan pelancong melebihi 500,000 orang pengunjung dari dalam dan luar negara berikutan cuti persekolahan, berlangsungnya Sukan Malaysia XIII 2010 Melaka dan Karnival Udara yang diadakan serentak pada bulan berkenaan,” katanya.

“Sasaran kita ini berdasarkan perkembangan laporan agensi-agensi yang terlibat di dalam jawatankuasa kecil yang dibentuk bagi menjayakan pesta ini supaya ianya benar-benar memberikan impak kepada sektor pelancongan di negeri ini disamping mempromosikan Sungai Melaka supaya setanding dengan Pesta San Antonio di Texas,” jelasnya.

Katanya, dua orang selebriti akan diundang pada majlis pelancaran yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 5 Jun di Dataran Sungai Melaka, manakala acara penutup akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 27 Jun nanti di lokasi yang sama.

“Dua orang selebriti yang akan mengadakan persembahan pada majlis perasmian nanti adalah Shafinaz dan Ramli Sarip,” ujarnya.

“Pelbagai acara telah diatur sepanjang sebulan pesta berlangsung yang merangkumi 12 sub-sektor pelancungan termasuk mengadakan cabutan bertuah kepada pengunjung pada setiap acara yang diadakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pesta Sungai Melaka di Seri Negeri petang tadi.

Sehubungan itu tambahnya, rakyat Melaka khususnya diharap dapat hadir beramai-ramai sepanjang pesta berlangsung, terutamanya pada majlis perasmian kerana hadia-hadiah menarik seperti sebuah motosikal, peti sejuk, mesin basuh, peralatan elektrik tiket menaiki Melaka River Cruse dan banyak lagi hadiah menanti pada acara cabutan bertuah nanti.

-Jom datang ke Melaka dan menginaplah di Jafmanurin’s Homestay﻿

Karnival Udara Antarabangsa Melaka…
Berlangsung 4-6 Jun Di LTAM Batu Berendam

Joy RideS empena Karnival Udara Antarabangsa Melaka

AYER KEROH, 26 Mei- Orang ramaiberpeluang menyertai ‘Joy Ride’ (Terbang Ria) sempena Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam pada 4,5 dan 6 Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, KUAM 2010 kali ini dijangka lebih menarik dengan kehadiran lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara dengan membabitkan 63 pesawat pelbagai jenis.

“Selain pameran dan pertunjukan udara, orang ramai juga berpeluang menyertai ‘Joy Rides’ bagi melihat keindahan panorama sekitar bandaraya dan aktiviti ini bakal menjadi tarikan pengunjung ke karnival kali ini,” ujar Mohd Ali kepada pemberita selepas diberi taklimat mengenai KUAM 2010 oleh Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Datuk Zulkifli Mohamad, petang tadi.

Beliau berkata, pennganjuran KUAM 2010 juga bertujuan menjadikan pelancongan udara antarabangsa sebagai satu produk pelancongan terunggul.

“KUAM 2010 bakal menjana pembangunan industri udara di samping menyemarakkan ekonomi negeri sejajar dengan status Melaka sebagai negeri maju, di samping mempromosikan LTAM sebagai satu lagi pintu masuk ke Melaka yang bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu KUIM 2010 anjuran Kerajaan negeri dengan kerjasama Kelab Penerbangan 4B Malaysia (KP4B) dan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dijangka menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran statik dari PDRM, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kelab penerbangan serta pesawat peribadi.

Katanya, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pelbagai pertunjukan pesawat termasuk Pesawat Kawalan Jauh (RC); Paramotor; Microlight;p Aerobatic s RANS S10; Aerobatics PITT Special; Formation EAGLE 150B dan payung terjun.

“Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti Joy Ride menaiki helikopter, Cessna atau Microlight pada kadar bayaran yang berpatutan. Pihak penganjur menjangkakan kehadiran pengunjung lebih 10,000 orang sepanjang KUAM 2010 berlangsung,” ujarnya.

Zulkifli juga memberitahu, BPP dengan kerjasama Uni Product Matola, HBW Sinar Enterprise dan BEDUMA akan menganjurkan Melaka Sprint Race 2010 di Jalan Eye On Malaysia bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam pada 29 Mei ini.

“Setakat ini kami telah menerima sebanyak 150 penyertaan dari pelbagai kategori dari seluruh negara serta Thailand dan Singapura,” ujar beliau.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan sempena Melaka Sprint Race 2010 iaitu Kelas A-2WD Open; Kelas B- 2WD Turbo Open; Kelas C- VTEC/MIVEC Open; Kelas D-1.8 NA dan Kelas E-1.5 NA.

Taman Botanikal Melaka Bakal Muncul Terbaik Di Dunia- Mohd Ali
AYER KEROH, 25 Mei – Kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjadikan Taman Botanikal Melaka sebagai yang terbaik di dunia bagi menandingi populariti Taman Botanikal Singapura dan Bogor, Indonesia yang menjadi produk pelancongan utama di kedua-dua negara berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, selain mengekalkan pelbagai spesis flora dan fauna di Taman Botanikal seluas 92.5 hektar, beberapa perancangan baru juga akan dibuat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong, tanpa menjejaskan keadaan semula jadi di taman berkenaan.

“Ada pelancong dari Eropah yang memberitahu bahawa Taman Botanikal Melaka adalah antara yang terbaik pernah mereka lihat di dunia kerana di sini suasananya kekal semulajadi di mana pokok-pokok dikekalkan, mankala di bahawanya dibiarkan seperti sediakala hingga menjadikan suasana di sini lebih redup, sejuk dan menarik,” kata Mohd Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Botanical Garden Buggy Ride iaitu produk terbaru pelancongan yang menawarkan perkhidmatan buggy mengelilingi Taman Botanikal sejauh 4 kilometer untuk tempoh kira-kira 30 minit.

“Sebanyak 34 buggy iaitu 14 kereta dan 20 motosikal berkuasa elektrik disediakan bagi kemudahan pengunjung menikmati keindahan dan menghirup udara bersih dalam suasana yang cukup santai sekali,” kata Mohd Ali.

Ketua Menteri memberitahu, Botanical Garden Buggy Ride dengan kadar tambang RM10 seorang itu dimiliki oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) manakala KLM Management dilantik mengendalikan perkhidmatan berkenaan yang berharga RM3.5 juta.

“Kita mensasarkan sebanyak RM1.8 juta daripada seramai 180,000 pengunjung setahun,” ujar beliau.

Taman Botanikal Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh dilengkapi antaranya Taman Pra-Sejarah, Kampung Buku, Taman Cerita, Pentas Terapung, Jambatan Gantung dan Menara Tinjau untuk para pengunjung, trek berjoging serta kemduahan lain.

Mohd Ali memberitahu, Kerajaan negeri juga sedang merancang beberapa kemudahan lain di Taman Botanikal termasuk membina sebuah ‘rumah musim salji’ (winter house) yang akan dihiasi dengan tanaman bunga-bungaan dan buah-buahan musim tropika dan bunga tulip sebagaimana yang terdapat banyak di negara Belanda.

“Kita akan terus berusaha menjadikan Taman Botanikal sebagai tarikan pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pembangunannya akan dilakukan tanpa menjejaskan ekologi semulajadi di kawasan ini,” ujar Ketua Menteri.

- Jafmanurin’s Homestay “Penginapan Selesa Seisi Keluarga”

Produk Terbaru Pelancongan Melaka…
Botanical Garden Buggy Ride

AYER KEROH, 23 Mei-Botanical Garden Buggy Ride merupakan produk terbaru pelancongan Melaka yang menawarkan kemudahan rekreasi dengan menaiki buggy sejauh 4 kilometer dengan tempoh perjalanan kira-kira 30 minit.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Botanical Garden Buggy Ride akan diuruskan oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) dan dikendalikan oleh syarikat Karisma Landai Sdn Bhd dengan pembahagian keuntungan kasar 30 peratus kepada PHTJ dan bakinya 70 peratus lagi kepada Karisma Landai Sdn Bhd.

“Botanical Garden Buggy Ride akan beroperasi mulai Selasa ini dan ianya percuma kepada pengunjung pada hari pelancaran mulai jam 10 pagi hingga 7 malam,” ujar Mohd Ali kepada pemberita selepas memandu uji Botanical Garden Buggy Ride di Taman Botanikal, petang tadi.

Ketua Menteri memberitahu, projek Botanical Garden Buggy Ride dibiayai oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM3.5 juta termasuk pembelian kereta dan motosikal elektrik, trek (laluan buggy) sejauh 4 kilometer, setor simpanan dan penyelenggaraan buggy.

Katanya, kini Botanical Buggy Ride menyediakan 14 kereta elektrik dengan kapasiti lima, enam dan lapan penumpang (tempat duduk) serta 20 motosikal yang mempunyai satu dan dua tempat duduk, diimport dari China.

“Ia mudah dikendalikan dan cukup selesa sekali untuk beriadah bersama keluarga kerana kenderaan ini menggunakan kuasa bateri. Orang ramai boleh menggunakan Botanical Garden Buggy Ride pada bila-bila masa dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari,” ujar Mohd Ali.

Beliau juga memberitahu, pihak pengurusan akan menggunakan sistem tiket berkumputer seperti di Melaka River Cruise di samping meletakkan beberapa petugas bagi mengawasi sepanjang laluan trek berkenaan bagi keselesaan dan keselamatan pengguna serta memasang papan tanda.

“Kita harap kemudahan Botanical Garden Buggy Ride akan menjadi tarikan baru pelancong sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka, selain memberi peluang pekerjaan baru kepada rakyat,” ujar Mohd Ali.

- Jafmanurin’s Homestay hanya lima minit ke Botanical Garden

Hang Tuah Jaya bandar pintar…
Oleh AMRAN MULUP

utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Khalil Yaakob meletakkan keris pada logo Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai simbolik pelancaran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 1 Jan. – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan menjadi bandar raya pintar dari segi pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, MPHTJ bukan sahaja akan menjadi pusat pentadbiran baru kerajaan negeri tetapi juga tempat belajar, penempatan dan rekreasi seiring gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, MPHTJ juga akan dijadikan sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) berintegriti dan dinamik yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

”Kerajaan negeri optimis MPHTJ dapat dibangunkan sebagai pusat pentadbiran baru negeri Melaka yang serba moden dengan mengutamakan keselesaan kepada pengguna.

”Selain itu, ia juga akan dijadikan sebagai pusat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan multimedia secara bersepadu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit.

MPHTJ menjadi majlis perbandaran keempat diwujudkan di negeri ini selepas Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Perisytiharan itu, menjadikan MPHTJ sebagai PBT yang ke-147 diwujudkan di negara ini.

MPHTJ yang mempunyai keluasan 14.293 hektar itu meliputi 24 peratus kawasan daerah Alor Gajah, 36 peratus kawasan daerah Jasin dan 40 peratus kawasan daerah Melaka Tengah, kini didiami kira-kira 114,732 penduduk.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri telah menggariskan enam strategi mantap ke arah menjadikan MPHTJ sebagai bandar mampan.

Strategi tersebut katanya ialah pembentukan pusat pentadbiran pintar, pembangunan ekonomi dan tarikan pelabur, pembentukan imej dan identiti, peningkatan tahap dan kualiti hidup, kawasan rekreasi tarikan pelancong dan pengukuhan urus tadbir pembangunan Hang Tuah Jaya.

”Dengan enam strategi tersebut, Hang Tuah Jaya diharap terus membangun sebagai sebuah pusat pentadbiran ultra moden dan menjadi contoh kepada bandar-bandar lain di Malaysia,” katanya.

Katanya, lebih penting Hang Tuah Jaya akan menjadi pusat pentadbiran setanding di Putrajaya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri turut mempelawa semua pelabur dan peniaga untuk membuat pelaburan di Hang Tuah Jaya kerana mereka akan ditawarkan dengan pelbagai pakej menarik.

Di samping itu katanya, Hang Tuah Jaya juga akan dibangunkan sebagai zon kediaman selesa yang dilengkapi dengan infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan bandar mampan.

- Jafmanurin’s Homestay terletak di dalam kawasan Hang Tuah Jaya

Menarik…
MELAKA Duck Tours sejenis kenderaan jenis amfibia yang mampu bergerak di darat dan air menjadi tumpuan orang ramai yang mengunjungi negeri Melaka sempena musim cuti sekolah.

PRODUK pelancongan terbaru Melaka iaitu sejenis kenderaan jenis amfibia, yang mampu bergerak di darat dan air dikenali sebagai Melaka Duck Tours mencuri tumpuan para pengunjung di negeri ini.

Kesempatan pada musim cuti sekolah menambah peluang kepada mereka untuk mencuba produk pelancongan yang pertama ditawarkan di negara ini.

Melaka Duck Tours yang memulakan operasinya beberapa hari lalu membuka kaunter tiket bersebelahan Menara Taming Sari, Banda Hilir.

Dari situ, ia memulakan perjalanan sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut.

Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka dan naik semula ke darat berhampiran Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka.

Pengembaraan melalui jalan darat dan laut itu mengambil masa antara 45 hingga 60 minit bagi setiap perjalanan.

Harga tiket dikenakan bagi menaiki kenderaan bernilai RM2 juta itu yang diimport dari Singapura ialah RM38 seorang bagi dewasa manakala RM22 seorang bagi kanak-

Melaka Bakal Miliki Taman Laksamana Cheng Ho
Dijangka Siap Pertengahan 2011

Melaka Bakal Miliki Taman Laksamana Cheng Ho

BANDARAYA MELAKA, 5 Okt- DMDI Finance House Berhad berjaya meyakinkan Syarikat Berkaitan Kerajaan China (GLC China), Nanjing Treasure Boat Development Company Limited (NTBDC) untuk memberi hak pembinaan replika kapal Laksamana Cheng Ho di negeri ini dengan kerjasama Yuen Her Holdings yang telah diberi hak lebih awal.

Pembinaan replika kapal ini adalah mengikut spesifikasi asal kapal layar Laksamana Cheng Ho yang dibina sekitar 600 tahun lalu.

Sehubungan itu, sebuah taman tema, Taman Laksaman Cheng Ho akan dibina dikawasan tambak laut seluas 30 ekar di Klebang Besar bagi menempatkan replika kapal itu, sebuah hotel berkapasiti 150 bilik, restoran dan kemudahan rekreasi.

Pembinaan projek yang bakal menelan kos sejumlah RM50 juta dijangka bermula awal tahun 2010 dan siap pada pertengahan tahun 2011.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau mahu DMDI Finance House dan Yuen Her Holdings berganding tenaga untuk menangani cabaran sepanjang projek ini berjalan.

Mohd Ali yang juga Presiden DMDI turut merakamkan penghargaan kepada Pemegang Hak Intelektual Rekabentuk Replika Kapal Laksamana Cheng Ho dan Pemegang Hak Pemasaran Global Produk dan Perkhidmatan berkaitan Laksaman Cheng, Asia Phoenix Angels Corporation kerana memberi kepercayaan dan memanjangkan hak pembinaan kepada DMDI Finance House dan Yuen Her Holdings.

“Saya berharap dengan kerjasama ini, pelbagai aktiviti untuk menggalakkan pelancongan antara kedua-dua negara akan dapat dilaksanakan termasuk mendirikan sebuah Galeri Melaka dan Restoran Melaka di Taichang, Jiansu, China,”katanya.

Mohd Ali berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman diantara DMDI Finance House Berhad dan Yen Her Holdings Sdn Bhd dan Pelancaran Zheng He Voyage Sdn Bhd, diHotel Renaissance, disini, petang tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron; Ketua Pegawai Operasi DMDI Finance House Sdn Bhd, Datuk Razali Mahfar; Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Exco DMDI Finance House Sdn Bhd, Dr Roslan A. Ghaffar; Pengerusi Yuen Her Holdings Sdn Bhd, Lim Chong Ling, dan Wakil Asia Phoenix Corporation, Colin Yeo.

Kerajaan Negeri menerusi DMDI Finance House turut menyuntik dana berjumlah RM1 bilion bagi pembangunan taman tema itu.

Projek ini merupakan satu daripada tiga projek yang dijalankan oleh Kerajaan China yang melancarkan Pelayaran Laksamana Cheng Ho Ke-lapan.

Sebuah kapal layar menyerupai kapal layar Laksaman Cheng Ho telah dibina oleh Kerajaan China untuk belayar mengelilingi dunia dan bakal berlabuh di Melaka pada tahun 2011.

Manakala satu lagi projek ialah membangunkan Taman Laksamana Cheng Ho di Taichang, Jiangsu seluas 200 ekar dan menelan kos RM400 juta.

Di taman itu turut ditempatkan sebuah replika kapal Laksamana Cheng Ho yang sama seperti yang bakal dibina di Melaka dan Rumah Melaka.