Lebih 20,000 Dijangka Kunjungi HPPNPK 2009 Di MITC

Lebih 20,000 Dijangka Kunjungi HPPNPK 2009 Di MITC
INDUSTRI ASAS TANI ALAMI TRANSFORMASI BESAR

AYER KEROH, 10 Ogos – Industri Asas Tani (IAT) yang menjadi enjin ketiga terpenting pertumbuhan ekonomi negara kini sedang melalui suatu proses transformasi yang amat memberangsangkan apabila semakin ramai rakyat, khususnya generasi muda mula menjadikan sektor berkenaan sebagai sumber pendapatan baru.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, sektor IAT khususnya bidang pertanian kini telah memperlihatkan satu perubahan yang cukup drastik dari aspek penyertaan generasi muda yang mula melihat potensi bidang berkenaan.

“Corak pertanian moden kini mampu menarik penyertaan lebih ramai rakyat termasuk generasi muda untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan baru yang menguntungkan dan memberi pulangan lumayan,” ujarnya.

Katanya, pemilihan Melaka selaku tuan rumah Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan dari 10 hingga 16 Ogos ini juga merupakan suatu pengiktirafan besar buat seluruh rakyat serta usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan sektor berkenaan.

“Kerajaan Negeri memang memberi perhatian yang cukup serius terhadap sektor IAT di samping memberikan galakan serta bantuan, bimbingan dan sokongan padu kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang ini sepenuh masa,” ujar beliau.

Kata Mohd Hidhir lagi, perayaan HPPNPK 2009 yang bertemakan: ‘ Pertanian Menjana Ekonomi Negara’ juga bukan sahaja menjadi platform terbaik kepada usahawan IAT Melaka mempromosikan kepelbagaian produk yang dihasilkan, malah inilah kesempatan terbaik kepada mereka melebarkan jaringan perniagaan dengan usahawan IAT dari seluruh negara.

Katanya lagi, program yang berlangsung selama seminggu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) juga turut menawarkan peluang keemasan kepada orang ramai mendapatkan harga istimewa peringkat ladang atau kilang produk-produk keluaran peladang, penternak dan peladang dari seluruh negara.

“HPPNPK juga turut dimeriahkan dengan pameran flora, haiwan ternakan, ikan hiasan serta pameran jentera pertanian dan hasil pertanian.

“Jabatan dan agensi Kerajaan serta swasta juga turut memberikan khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang perladangan, perikanan dan ternakan,” ujar Mohamad Hidhir.

Katanya, HPPNPK kali ini dijangka disertai lebih 6,000 peserta di samping setiap negeri disediakan satu pavilion bagi pameran dan 340 ruang niaga dan promosi untuk peserta.

“Kita menjangkakan kira-kira 20,000 pengunjung datang sepanjang sambutan ini berlangsung,” ujar beliau

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- Jafmanurin Homestay tidak dapat menampung kehadiran peserta yang ramai kerana semuanya memerlukan penginapan yang berhampiran dengan MITC (Jafmanurin’s Homestay terletak dalam kawasan MITC)

Category: Berita  Leave a Comment
Tetamu dari Pontian…


Kehadiran para tetamu ke Jafmanurin’s Homestay sentiasa kami alu-alukan, begitu juga dengan kehadiran En. Amir Hamzah dan keluarganya dari Pontian, Johor.
Semoga En. Amir Hamzah berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

-beliau adalah tetamu kami dari 01-02/08/2009

Category: Tetamu  One Comment
Izma & The Gang…


Jafmanurin’s Homestay dengan berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada Izma & The Gang ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Izma telah memilih homestay kami setelah kami membuat kunjungan ziarah ke laman blog beliau.
Harapan kami agar Izma & The Gang berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.
Kami juga akan sentiasa cuba untuk memperbaiki apa jua kelemahan dan sentiasa menerima pandangan dan komen dari tetamu kami.
Semoga percutiannya ke Melaka akan meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- beliau adalah tetamu kami dari 01-02/08/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
En. Ahmad Fuad & Pn. Intan Liana…

Pihak Jafmanurin’s Homestay mengucapkan selamat datang dan bercuti kepada En. Ahmad Fuad & Pn. Intan Liana serta keluarganya ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Semoga percutiannya ke Melaka meninggalkan seribu kenangan yang indah…
Harapan kami agar beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan dan Jafmanurin’s Homestay akan terus menjadi pilihannya apabila ke Melaka lagi.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- beliau adalah tetamu kami dari 25-26/07/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
Ezas Smart Kids…

Terima kasih kepada En. Didi dari Ezas Smart Kids Batu Pahat, Johor kerana telah memilih Jafmanurin’s Homestay untuk penginapan beliau dan pekerjanya.
Semoga beliau berpuashati dengan apa yang kami sediakan di homestay kami. Kepada En. Didi, apabila ke Melaka jangan lupa hubungi kami…

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

-beliau adalah tetamu kami dari 22-23/07/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
Terima Kasih Pn. Sharifah Norzeline…

Selamat datang dan ucapan terima kasih pihak Jafmanurin’s Homestay ucapkan kepada Pn. Sharifah Norzeline dan keluarga dari Kemaman, Terengganu.
Pn. Sharifah Norzeline dan keluarga memilih Jafmanurin’s Homestay untuk kali kedua kerana melawat adiknya yang menuntut di Kolej Risda. Kali pertama beliau menginap di sini pada 30/06-01/07/2009 kerana urusan pendaftaran adiknya di Kolej Risda.
Harapan kami beliau sekeluarga berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan dan menjadikan homestay kami sebagai tempat penginapan yang mesti didiami apabila berkunjung ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- beliau adalah tetamu kami dari 18-19/07/200

Category: Tetamu  Leave a Comment
MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA TERUS DILIMPAHI PELANCONG

Jadi Sebutan Seantario Dunia
MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA TERUS DILIMPAHI PELANCONG

BANDARAYA MELAKA, 18 Julai – Melaka terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara pada setiap hujung minggu dan cuti umum berikutan kawasan pelancongannya kini menjadi sebutan ramai di serata dunia, lebih-lebih lagi baru-baru ini apabila menyambut ulangtahun pertama sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) yang diktiraf oleh UNESCO pada 7 Julai tahun lalu.

Kebanjiran pengunjung termasuk pelancong asing ke negeri bersejarah ini semakin menjadi-jadi sekaligus memberikan sumber pendapatan lumayan, terutamanya kepada para peniaga apatah lagi ditambah pula dengan beberapa produk pelancongan terbaru antaranya Menara Taming Sari (MTS), Eye On Malaysia (EOM) termasuk produk pelancongan Sungai Melaka.

Berikutan itu, hasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran kemasukan pelancong ke negeri Sang Kancil ini seramai 7.2 juta sudah pasti akan menjadi kenyataan untuk menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan terunggul di rantau ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di beberapa lokasi pelancongan mendapati kedatangan pelancong disana bertali arus bagaikan tiada henti dan ianya sekaligus memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusaha industri pelancongan di negeri ini.

Zoo Melaka misalnya menjadi pilihan utama dikalangan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka bagi menyaksikan sendiri pelbagai binatang yang ada di sana pada setiap hujung minggu.

Dikawasan Banda Hilir pula sentiasa sesak, bukan sahaja kenderaan malah pengunjung turut beratur untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan sendiri panorama Bandaraya Melaka melalui Menara Taming Sari.

Manakala jeti bagi para pelancong yang ingin menyaksikan pemandangan indah Sungai Melaka dengan menaiki bot Melaka River Cruise di Jalan Quayside dan Taman Rempah juga turut menjadi tumpuan para pelancong.

Eye On Malaysia yang hanya dipisahkan oleh Sungai Melaka juga turut menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Pendek kata, motto Negeri Melaka ‘Melawat Melaka Bandaraya Warisan Dunia Bererti Melawat Malaysia’ amat bertepatan dan kena pada tempatnya.

Jumlah pelancong yang kian meningkat saban hari ke negeri ini ternyata turut memberi limpahan manfaat yang amat bererti sekali bukan sahaja kepada pemilik gedung membeli-belah, penarik beca, peniaga kraftangan, pengusaha warung dan restoran, pemandu teksi, pemandu pelancong, pengusaha hotel dan resort serta seluruh rakyat yang bijak menerokai bidang-bidang baru yang ada hubung kait secara langsung dengan kepesatan industri pelancongan di negeri ini.

Amat jelas sekali, Melaka kini bukan sahaja sedang merintis jalan menjadi sebuah negeri maju menjelang 2010, malah pelbagai rentetan kejayaan yang dicipta mutakhir ini makin mendekatkan Melaka menghampiri era kegemilangannya sebagaimana sejarah yang pernah terpahat kira-kira 600 tahun lalu iaitu agenda besar yang sewajarnya kita realisasikan bersama.

Hakikatnya, industri pelancongan Melaka telah memberi impak yang cukup besar terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi rakyat negeri ini.

Category: Berita  Leave a Comment
Kak Yan & Famili dari Kay Tee…

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia Jafmanurin’s Homestay ucapkan kepada Kak Yan dan keluarganya dari Kuala Terengganu.
Kunjungan Kak Yan dan keluarganya ke Melaka adalah atas urusan pendaftaran anaknya di UTeM.
Beliau telah memilih homestay kami kerana lokasinya yang berhampiran dengan UTeM dan ini memudahkan urusan beliau.
Harapan kami agar Kak Yan berpuashati dengan perkhidmatan kami.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- Kak Yan & Famili adalah tetamu kami dari 13-14/07/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
Selia Selenggara Sdn. Bhd…

Terima kasih, terima kasih, terima kasih, pihak Jafmanurin’s Homestay ucapkan kepada Selia Selenggara Sdn. Bhd. kerana terus memberi kepercayaan kepada kami menyediakan penginapan untuk pekerjanya yang mempunyai urusan di Melaka.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Cik Suria kerana tidak jemu-jemu berurusan dengan kami.
Ini adalah kali kelima kami menyediakan penginapan untuk Selia Selenggara Sdn. Bhd.
Harapan kami agar Jafmanurin’s Homestay terus diberi kepercayaan…

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- Selia Selenggara Sdn. Bhd adalah tetamu kami dari 13-14/07/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
KELAZATAN MASAKAN MELAKA MAMPU PIKAT PELANCONG

‘Tourism Players’ Diminta Bantu Promosi
KELAZATAN MASAKAN MELAKA MAMPU PIKAT PELANCONG

AYER KEROH, 7 Julai – Usaha mempromosikan masakan Melaka perlu dilakukan secara berterusan terutamanya di kalangan negara-negara ASEAN.

Ketua menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ini kerana Melaka mempunyai keunikan yang tersendiri selain mempunyai pelbagai masakan yang melibatkan pelbagai kaum seperti Melayu, Portugia, China, Baba dan Nyonya, India dan Cheti.

“Sehubungan itu saya berharap, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri bersama dengan ‘tourism players’ yang lain dapat berusaha dengan lebih gigih lagi ke arah mencapai visi Melaka Maju pada 2010 dengan sasaran kedatangan pelancong seramai 8.2 juta orang,” katanya.

Mohd Ali berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pesta Makan Padang bersama Hotel Aryaduta Pekan Baru sempena Ulangtahun Pertama Melaka Bandaraya Warisan Dunia Unesco yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, di sini tengah hari tadi.

Majlis perasmian fiesta tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakub.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Pengerusi Rangkaian Hotel Seri Malaysia, Datuk Seri Shafie Mohd Salleh, Pengarah Urusannya, Zahriah Abdul Kadir; Pengarah BPP, Nazary Ahmad; Franchaisee Seri Malaysia Melaka, Ahmad Sazali Sabri dan Pengurus Besar Hotel Aryaduta Pekan Baru, Winston Hanes.

Mohd Ali seterusnya berharap agensi-agensi yang berkaitan perlu memikirkan cara yang terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negeri Melaka.

“Saya bergarap supaya promosi secara berterusan melalui edaran brosur dan risalah di lokasi-lokasi pintu masuk dan juga tumpuan pelancong seperti Tol Ayer Keroh, Jeti Syah Bandar mahupun di luar kawasan Melaka seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) KL Central, LCCT, Central Market dan sebagainya dapat diperhebatkan lagi,” jelasnya.

Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan atas inisiatif BPP dan Hotel Seri Malaysia yang mengadakan Padang Food & Cultural Festival yang menjadi antara acara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Melaka dan pelancong asing.

Katanya, di Melaka terdapat dua atau tiga restoran Nasi Padang dan jumlah tersebut tidak mencukupi untuk mempopularkan masakan Padang kepada pelancong.

“Promosi seperti ini penting untuk meningkatkan kesedaran kepada pelancong mengenai keunikan kebudayaan Padang dan kelazatan nasi Padang.

“Jika ini dapat dilakukan, saya yakin penggemar nasi Padang dari Singapura, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor akan turun ke Melaka untuk menikmati nasi Padang, tanpa perlu ke Pekan Baru atau ke bandar lain di Indonesia,” ujarnya.

Beliau menambah, Padang Food & Festival yang diadakan ini merupakan salah satu usaha yang dijalankan bagi mempromosikan sektor pelancongan ke arah mempopularkan lagi makanan dan budaya masyarakat Riau yang semamangnya terkenal dan hampir sama dengan adat dan makanan Melaka.

“Festival yang berlangsung selama 10 hari ini diadakan bersempena sambutan ulangtahun pertama Perisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan ianya diharap dapat mempereratkan lagi hubungan Melaka dan Pekan Baru,” katanya.

Category: Berita  One Comment