Kehadiran Tetamu Terus Bertambah…

Sempena Melaka Bike Festival yang berlangsung dari 6-8/11/2009 kehadiran tetamu ke Jafmanurin’s Homestay terus bertambah sehingga pihak kami tidak dapat memenuhi semua permintaan untuk menginap di homestay kami. Walaubagaimanapun kami amat berbesar hati dapat menyediakan penginapan untuk “Jay Bee Riders”. Terima kasih kami ucapkan kepada En.Shahrulnizam dan isteri kerana memberi kepercayaan kepada kami…


“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

Category: Tetamu  Leave a Comment
Tetamu Oktober


Tahniah!!! pihak pengurusan Jafmanurin’s Homestay ucapkan kepada kontijen sukan pelapis Pahang kerana berjaya dalam acara yang mereka sertai…

Harapan kami agar homestay kami menjadi pilihan mereka apabila berkunjung ke Melaka lagi…

- menjadi tetamu kami dari 22-25/10/2009

Sepanjang bulan Oktober juga banyak acara yang berlangsung di kawasan MITC diantaranya ialah majlis konvokesyen UTeM, Kolej Profesional MARA, Kolej Yayasan Melaka ini memjadikan homestay kami sebagai pilihan utama kerana homestay kami terletak di dalam kawasan MITC.

Terima kasih kepada semua tetamu yang dihargai…

Category: Tetamu  Leave a Comment
Tahniah Graduan…

Tahniah dan syabas pihak pengurusan Jafmanurin’s Homestay ucapakan kepada graduan-graduan UTeM yang menerima ijazah dan diploma masing-masing semasa berlangsungnya majlis konvekesyen pada 3-4/10/2009.
Semasa berlangsungnya acara tersebut Jafmanurin’s Homestay telah menjadi pilihan graduan bersama keluarga masing-masing untuk menginap. Ini kerana homestay kami berhampiran dengan kampus induk UTeM.

Graduan dan keluarga yang menginap di homestay kami adalah:

-Aliff Haqimi Abdul Rahman dari Terengganu (1-3/10/2009)
-Amir dari Kelantan (2-3/10/2009)
-Tg. Nurul Izatulshima Tg. Hashim dari Pahang (3-4/2009)
-Nur Mazni Abd Razak (Penerbit TV 2 RTM) (3-4/10/2009
-M. Firdhaus dari Tawau, Sabah (1-4/2009)

Tahniah!!!

“Ingat Melaka Ingart Jafmanurin’s Homestay”

Category: Tetamu  Leave a Comment
Melaka Bakal Miliki Taman Laksamana Cheng Ho

Dijangka Siap Pertengahan 2011
Melaka Bakal Miliki Taman Laksamana Cheng Ho

BANDARAYA MELAKA, 5 Okt- DMDI Finance House Berhad berjaya meyakinkan Syarikat Berkaitan Kerajaan China (GLC China), Nanjing Treasure Boat Development Company Limited (NTBDC) untuk memberi hak pembinaan replika kapal Laksamana Cheng Ho di negeri ini dengan kerjasama Yuen Her Holdings yang telah diberi hak lebih awal.

Pembinaan replika kapal ini adalah mengikut spesifikasi asal kapal layar Laksamana Cheng Ho yang dibina sekitar 600 tahun lalu.

Sehubungan itu, sebuah taman tema, Taman Laksaman Cheng Ho akan dibina dikawasan tambak laut seluas 30 ekar di Klebang Besar bagi menempatkan replika kapal itu, sebuah hotel berkapasiti 150 bilik, restoran dan kemudahan rekreasi.

Pembinaan projek yang bakal menelan kos sejumlah RM50 juta dijangka bermula awal tahun 2010 dan siap pada pertengahan tahun 2011.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau mahu DMDI Finance House dan Yuen Her Holdings berganding tenaga untuk menangani cabaran sepanjang projek ini berjalan.

Mohd Ali yang juga Presiden DMDI turut merakamkan penghargaan kepada Pemegang Hak Intelektual Rekabentuk Replika Kapal Laksamana Cheng Ho dan Pemegang Hak Pemasaran Global Produk dan Perkhidmatan berkaitan Laksaman Cheng, Asia Phoenix Angels Corporation kerana memberi kepercayaan dan memanjangkan hak pembinaan kepada DMDI Finance House dan Yuen Her Holdings.

“Saya berharap dengan kerjasama ini, pelbagai aktiviti untuk menggalakkan pelancongan antara kedua-dua negara akan dapat dilaksanakan termasuk mendirikan sebuah Galeri Melaka dan Restoran Melaka di Taichang, Jiansu, China,”katanya.

Mohd Ali berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman diantara DMDI Finance House Berhad dan Yen Her Holdings Sdn Bhd dan Pelancaran Zheng He Voyage Sdn Bhd, diHotel Renaissance, disini, petang tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron; Ketua Pegawai Operasi DMDI Finance House Sdn Bhd, Datuk Razali Mahfar; Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Exco DMDI Finance House Sdn Bhd, Dr Roslan A. Ghaffar; Pengerusi Yuen Her Holdings Sdn Bhd, Lim Chong Ling, dan Wakil Asia Phoenix Corporation, Colin Yeo.

Kerajaan Negeri menerusi DMDI Finance House turut menyuntik dana berjumlah RM1 bilion bagi pembangunan taman tema itu.

Projek ini merupakan satu daripada tiga projek yang dijalankan oleh Kerajaan China yang melancarkan Pelayaran Laksamana Cheng Ho Ke-lapan.

Sebuah kapal layar menyerupai kapal layar Laksaman Cheng Ho telah dibina oleh Kerajaan China untuk belayar mengelilingi dunia dan bakal berlabuh di Melaka pada tahun 2011.

Manakala satu lagi projek ialah membangunkan Taman Laksamana Cheng Ho di Taichang, Jiangsu seluas 200 ekar dan menelan kos RM400 juta.

Di taman itu turut ditempatkan sebuah replika kapal Laksamana Cheng Ho yang sama seperti yang bakal dibina di Melaka dan Rumah Melaka.

Category: Berita  Leave a Comment
Tetamu di aidilfitri…

En.Nurul Hadi & The Gang dari Tecno Water Temerloh, Pahang.
-beliau adalah tetamu kami dari 26-27/09/2009


Pn.Siti Haryati & keluarga dari Taman Bukit Ampang, Selangor.
-beliau adalah tetamu kami dari 21-23/09/2009

-En.Jamaluddin Abdullah dari Nibong Tebal, Pulau Pinang 21-22/09/2009

-En.Zahari bin Napis dari Indera Mahkota, Kuantan, Pahang 23-25/09/2009

-En.Mohd Salawadi bin Salleh dari Kemaman, Terengganu 25-26/09/2009 (selamat bertunang)

Harapan dari pihak pengurusan Jafmanurin’s Homestay agar anda semua berpuashati dengan perkhidmatan kami.

” Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

Category: Tetamu  Leave a Comment
Teksi Air Di Sungai Melaka Mula Beroperasi Dalam Masa Terdekat

BANDARAYA MELAKA, 29 Sept – ‘Water Teksi’ (Teksi Air) yang akan beroperasi di Sungai Melaka dalam masa terdekat dijangka mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri Melaka.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perbadanan Pembangunan Sungai dan pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid, Teksi Air yang dibekalkan oleh Syarikat CB Limited yang berpengkalan di Mancester, United Kingdom dan merupakan pembekal utama di seluruh dunia ini mampu memuatkan 12 orang penumpang pada satu-satu masa.

“Apabila ianya mula beroperasi nanti, Teksi Air ini akan menjadi satu-satunya Teksi Air yang beroperasi di Asia Selatan selain di Afrika Selatan, New Zealand dan Hong Kong,” katanya.

Jelasnya, Teksi Air tersebut merupakan aspirasi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam mempelbagaikan produk-produk pelancongan di negeri ini dan ianya akan diuruskan oleh PPSPM.

“Teksi Air yang berkuasa 150 kuasa kuda tersebut kini berstatus percubaan dan perlesenan dan ianya akan beroperasi dari Taman Rempah hingga ke Melaka Sentral, bagaimanapun harga untuk menaikinya masih belum ditetapkan,” tambahnya.

Category: Berita  Leave a Comment
1 syawal 1430 hijrah…


Jafmanurin’s Homestay terus menerima tetamu walaupun di hari raya. Kedatangan Vivi dan keluarganya untuk menginap di homestay kami kerana beliau akan mengunjungi saudaranya yang berada di Dumai, Indonesia dan bermalam di homestay kami supaya keesokan harinya memudahkanya ke Jeti Perlabuhan Melaka untuk menaiki feri ke Dumai. Doa dari kami agar beliau selamat pergi dan kembali semula ke Kuala Lumpur dengan selamat.
Selamat Hari Raya Vivi dan keluarga.

” Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

-beliau adalah tetamu kami dari 20-21/09/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
Tetamu di petang raya…

Selamat datang ke Jafmanurin’s Homestay dan “Selamat Hari Raya Aidil Fitri” kami ucapkan kepada Ely Erina dan keluarganya yang sudi bertandang ke homestay kami untuk menyambut hari raya di kampungnya bersama keluarga yang tercinta. Kampung beliau di Simpang Empat, Alor Gajah. Ely Erina dan keluarganya dari Taman Kobena, Johor Bahru.
Kami sentiasa menanti kehadiran tetamu kami dengan tangan yang terbuka dan sentiasa menghargai semua tetamu kami.
Sekali lagi kami mengucapkan ” Selamat Hari Raya Aidil Fitri ” maaf zahir dan batin kepada Ely Erina dan keluarga.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- beliau adalah tatamu kami dari 19-21/09/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
KOTA FESYEN PUSAT DAGANGAN TERSOHOR

Berpotensi Jadi ‘Whole Sale Emporium’ Malaysia
KOTA FESYEN PUSAT DAGANGAN TERSOHOR

AYER KEROH, 15 Sept- Kota Fesyen (Fashion City) yang terletak di lokasi strategik di kawasan Pusat Dagangan Antrabangsa Melaka (MITC) berpotensi menjadi pusat perdagangan terkenal di seluruh dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam optimis kedudukan Kota Fesyen MITC yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Singapura bakal menjadi katalis terpenting menjadikan pusat pertumbuhan baru ini sebagai pusat perdagangan fesyen terkenal di Malaysia, kini dan di masa hadapan.

Katanya, walau pun masih terdapat lot-lot yang kosong namun ia akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini malah Kerajaan Negeri akan membina lagi 26 lot perniagaan baru berhadapan Mydin Hypermarket bagi menampung keperluan peniaga.

“Suasana perkembangan di perniagaan di kawasan ini amat menarik sekali. Saya percaya lebih banyak lagi pusat perniagaan baru di bina di sini yang akhirnya menjadikan Kota Fesyen MITC sebagai pusat perdagangan terkenal di seluruh dunia,” kata Mohd Ali semasa berucap merasmikan kedai Matahari Carperts milik usahawan karpet, Shashi G. Jogi, di sini hari ini.

Ketua Menteri memberitahu, kini nama MITC sudah terkenal ke seluruh negara dan hanya menunggu hari sahaja menjadi terkenal di peringkat antarabangsa apabila peniaga-peniag di Kota Fesyen meraih keuntungan besar dan seterusnya menjadi pedagang terkenal.

“Saya juga ingin mempelawa orang-orang Melaka yang banyak wang supaya menyewa lot-lot yang masih ada. Kini saya nampak ramai orang dari luar yang berniaga di Kota Fesyen kerana mereka yakin dengan potensi perniagaan di sini. Sepatutnya orang Melaka sendiri mesti mengambil kesempatan dan menjadi orang kaya terkenal di Malaysia. Ianya boleh berlaku menerusi perniagaan,” ujar Mohd Ali.

Beliau menjelaskan, Melaka sepatutnya sudah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan menjadi ‘whole sale emporium’ Malaysia sepertimana Melaka 600 tahun lalu di mana semua pedagang tertumpu di sini untuk bertukar-tukar dan membeli barang secara borong yang akhirnya Melaka menjadi pusat dagangan terkenal seluruh dunia ketika itu.

Katanya, barang-barang dari Eropah dan juga Timur serta dari China bertukar tangan di Melaka sehinggakan ia menjadi terkenal dan jadi rebutan kuasa-kuasa dunia dan akhirnya selat terpanjang dari Selatan Thailand hingga ke Singapura dinamakan Selat Melaka.

“Itulah sejarah Melaka dulu termasuk Selatan Thailand, Singapura dan sebahagian Sumatera adalah di bawah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi rebutan. Portugis dari jauh datang menyerang Melaka untuk mengambil alih laluan pusat perdagangan. Kemudian datang pula Belanda, Inggeris juga Jepun silih berganti.

“Melaka ketika itu memang terkenal dan kita hari ini sebagai anak Melaka mestilah bertekad untuk membangunkan negeri kita yang bersejarah ini tanpa dari mana kita berasal, tidak kira kaum dan bangsa mesti sayang kepada negeri kita dan bangunkan Melaka dengan konsep 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapain diutamakan,” ujar beliau.

- Kota Fesyen MITC terletak berhampiran dengan Jafmanurin’s Homestay

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

Category: Berita  Leave a Comment
Tarikan air pancut berirama

air pancut berirama yang mempesonakan orang ramai bertempat di Jalan Munshi Abdullah dan berhadapan dengan Eyes On Melaka diadakan dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 malam hingga 11 malam.



MELAKA 11 Sept. – Melalui Jalan Munshi Abdullah dekat sini khususnya pada waktu malam pastinya mata pengunjung tertarik dengan satu binaan yang terletak di sebelah kanan jalan.

Sebelum ini, mata pengunjung hanya tertumpu pada salah satu produk pelancongan Melaka yang berada di seberang Jalan Munshi Abdullah iaitu ‘Eyes On Melaka’ .

Namun kini, satu lagi tarikan yang pasti membuatkan pengunjung terpesona adalah air pancut berirama yang pertama wujud di negeri ini.

Berpeluang melihat air pancut berirama pastinya memberikan satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan khususnya kepada mereka yang pertama kali melihatnya.

Terletak di sebelah kanan Jalan Munshi Abdullah berdekatan dengan Jalan Hang Tuah dan Sungai Melaka menjadikan air pancut berirama sebagai lokasi kunjungan yang strategik.

Keunikannya mampu menarik ramai pengunjung tidak kira sama ada mereka yang menyusuri Sungai Melaka menggunakan perkhidmatan bot Melaka River Cruise atau mereka yang melalui jalan tersebut.

Produk pelancongan baru itu menjadi salah satu perhentian selama dua minit bagi mereka yang menaiki perkhidmatan Melaka River Cruise untuk menikmati keunikan air pancut berirama itu selain melihat bangunan-bangunan bersejarah sepanjang menyusuri Sungai Melaka.

Pertunjukan air pancut berirama dengan lagu-lagu yang menampilkan budaya negara ini selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Irama dondang sayang serta lagu-lagu rakyat masyarakat Cina dan India yang rancak mengiringi corak semburan air pancut itu pastinya menarik perhatian pengunjung.

Melihat telatah anak kecil yang cukup seronok mendengar lagu diiringi air pancut berirama pasti membuatkan ibu dan ayah terhibur.

Pancutan tertinggi air pancut berkenaan ialah 14.4 meter serta mempunyai lebih 10 corak semburan mengikut irama lagu.

Pemandangan persekitarannya yang cantik menjadikan tempat itu sebagai salah satu lokasi fotografi yang utama bagi pengunjung merakam gambar kenangan.

Kerdipan lampu yang silih berganti membuai keasyikan pengunjung serta membuatkan mata menjadi lebih tertarik pada simbahan cahaya berwarna-warni yang mengiringi pancutan air tersebut.

Air pancut berirama di bawah pengelolaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu beroperasi sejak setahun lalu.

Kini Jalan Munshi Abdullah tidak lagi sunyi seperti dahulu kerana sejak wujudnya air pancut berirama itu, ia kini semakin sesak.

Bagi pengunjung yang datang ke Melaka pastinya akan tertarik untuk singgah melihat air pancut berirama yang pertunjukannya diadakan dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9.00 hingga 11.00 malam.

Pada hujung minggu termasuk cuti umum, pertunjukannya dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi bergantung kepada kehadiran pengunjung.

Air pancut berirama menjadi salah satu produk pelancongan di negeri ini untuk menambah lokasi menarik yang boleh dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Walaupun masih baru, namun produk pelancongan terbaru Melaka itu sudah mendapat tempat di hati pengunjung.

Bagi Azie Farhana Abu Zain, 22, dia kagum ketika pertama kali melihat pertunjukkan air pancut berirama itu.

”Saya berasa teruja melihat air pancut ini ‘menari’ mengikut lagu dengan cahaya berwarna-warni menambah tarikan apabila ia menerangi seluruh kawasan ini,” katanya.

Bagi pelajar Kolej Multimedia Melaka, Ummu Sakinah Muhd. Zawawi, 22, pemandangan di kawasan itu amat menarik dan ia menarik pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

”Jika kita lihat, air pancut berirama juga terdapat di negeri lain tetapi Melaka menonjolkan satu keunikan di mana lagu yang didendangkan menonjolkan budaya kita.

”Selain itu, cahaya yang menerangi tempat ini memukau mata setiap pengunjung yang datang,” katanya.

Category: Berita  Leave a Comment