Author Archive

KOTA FESYEN PUSAT DAGANGAN TERSOHOR

Berpotensi Jadi ‘Whole Sale Emporium’ Malaysia
KOTA FESYEN PUSAT DAGANGAN TERSOHOR

AYER KEROH, 15 Sept- Kota Fesyen (Fashion City) yang terletak di lokasi strategik di kawasan Pusat Dagangan Antrabangsa Melaka (MITC) berpotensi menjadi pusat perdagangan terkenal di seluruh dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam optimis kedudukan Kota Fesyen MITC yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Singapura bakal menjadi katalis terpenting menjadikan pusat pertumbuhan baru ini sebagai pusat perdagangan fesyen terkenal di Malaysia, kini dan di masa hadapan.

Katanya, walau pun masih terdapat lot-lot yang kosong namun ia akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini malah Kerajaan Negeri akan membina lagi 26 lot perniagaan baru berhadapan Mydin Hypermarket bagi menampung keperluan peniaga.

“Suasana perkembangan di perniagaan di kawasan ini amat menarik sekali. Saya percaya lebih banyak lagi pusat perniagaan baru di bina di sini yang akhirnya menjadikan Kota Fesyen MITC sebagai pusat perdagangan terkenal di seluruh dunia,” kata Mohd Ali semasa berucap merasmikan kedai Matahari Carperts milik usahawan karpet, Shashi G. Jogi, di sini hari ini.

Ketua Menteri memberitahu, kini nama MITC sudah terkenal ke seluruh negara dan hanya menunggu hari sahaja menjadi terkenal di peringkat antarabangsa apabila peniaga-peniag di Kota Fesyen meraih keuntungan besar dan seterusnya menjadi pedagang terkenal.

“Saya juga ingin mempelawa orang-orang Melaka yang banyak wang supaya menyewa lot-lot yang masih ada. Kini saya nampak ramai orang dari luar yang berniaga di Kota Fesyen kerana mereka yakin dengan potensi perniagaan di sini. Sepatutnya orang Melaka sendiri mesti mengambil kesempatan dan menjadi orang kaya terkenal di Malaysia. Ianya boleh berlaku menerusi perniagaan,” ujar Mohd Ali.

Beliau menjelaskan, Melaka sepatutnya sudah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan menjadi ‘whole sale emporium’ Malaysia sepertimana Melaka 600 tahun lalu di mana semua pedagang tertumpu di sini untuk bertukar-tukar dan membeli barang secara borong yang akhirnya Melaka menjadi pusat dagangan terkenal seluruh dunia ketika itu.

Katanya, barang-barang dari Eropah dan juga Timur serta dari China bertukar tangan di Melaka sehinggakan ia menjadi terkenal dan jadi rebutan kuasa-kuasa dunia dan akhirnya selat terpanjang dari Selatan Thailand hingga ke Singapura dinamakan Selat Melaka.

“Itulah sejarah Melaka dulu termasuk Selatan Thailand, Singapura dan sebahagian Sumatera adalah di bawah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi rebutan. Portugis dari jauh datang menyerang Melaka untuk mengambil alih laluan pusat perdagangan. Kemudian datang pula Belanda, Inggeris juga Jepun silih berganti.

“Melaka ketika itu memang terkenal dan kita hari ini sebagai anak Melaka mestilah bertekad untuk membangunkan negeri kita yang bersejarah ini tanpa dari mana kita berasal, tidak kira kaum dan bangsa mesti sayang kepada negeri kita dan bangunkan Melaka dengan konsep 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapain diutamakan,” ujar beliau.

- Kota Fesyen MITC terletak berhampiran dengan Jafmanurin’s Homestay

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

Category: Berita  Leave a Comment
Tarikan air pancut berirama

air pancut berirama yang mempesonakan orang ramai bertempat di Jalan Munshi Abdullah dan berhadapan dengan Eyes On Melaka diadakan dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 malam hingga 11 malam.



MELAKA 11 Sept. – Melalui Jalan Munshi Abdullah dekat sini khususnya pada waktu malam pastinya mata pengunjung tertarik dengan satu binaan yang terletak di sebelah kanan jalan.

Sebelum ini, mata pengunjung hanya tertumpu pada salah satu produk pelancongan Melaka yang berada di seberang Jalan Munshi Abdullah iaitu ‘Eyes On Melaka’ .

Namun kini, satu lagi tarikan yang pasti membuatkan pengunjung terpesona adalah air pancut berirama yang pertama wujud di negeri ini.

Berpeluang melihat air pancut berirama pastinya memberikan satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan khususnya kepada mereka yang pertama kali melihatnya.

Terletak di sebelah kanan Jalan Munshi Abdullah berdekatan dengan Jalan Hang Tuah dan Sungai Melaka menjadikan air pancut berirama sebagai lokasi kunjungan yang strategik.

Keunikannya mampu menarik ramai pengunjung tidak kira sama ada mereka yang menyusuri Sungai Melaka menggunakan perkhidmatan bot Melaka River Cruise atau mereka yang melalui jalan tersebut.

Produk pelancongan baru itu menjadi salah satu perhentian selama dua minit bagi mereka yang menaiki perkhidmatan Melaka River Cruise untuk menikmati keunikan air pancut berirama itu selain melihat bangunan-bangunan bersejarah sepanjang menyusuri Sungai Melaka.

Pertunjukan air pancut berirama dengan lagu-lagu yang menampilkan budaya negara ini selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Irama dondang sayang serta lagu-lagu rakyat masyarakat Cina dan India yang rancak mengiringi corak semburan air pancut itu pastinya menarik perhatian pengunjung.

Melihat telatah anak kecil yang cukup seronok mendengar lagu diiringi air pancut berirama pasti membuatkan ibu dan ayah terhibur.

Pancutan tertinggi air pancut berkenaan ialah 14.4 meter serta mempunyai lebih 10 corak semburan mengikut irama lagu.

Pemandangan persekitarannya yang cantik menjadikan tempat itu sebagai salah satu lokasi fotografi yang utama bagi pengunjung merakam gambar kenangan.

Kerdipan lampu yang silih berganti membuai keasyikan pengunjung serta membuatkan mata menjadi lebih tertarik pada simbahan cahaya berwarna-warni yang mengiringi pancutan air tersebut.

Air pancut berirama di bawah pengelolaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu beroperasi sejak setahun lalu.

Kini Jalan Munshi Abdullah tidak lagi sunyi seperti dahulu kerana sejak wujudnya air pancut berirama itu, ia kini semakin sesak.

Bagi pengunjung yang datang ke Melaka pastinya akan tertarik untuk singgah melihat air pancut berirama yang pertunjukannya diadakan dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9.00 hingga 11.00 malam.

Pada hujung minggu termasuk cuti umum, pertunjukannya dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi bergantung kepada kehadiran pengunjung.

Air pancut berirama menjadi salah satu produk pelancongan di negeri ini untuk menambah lokasi menarik yang boleh dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Walaupun masih baru, namun produk pelancongan terbaru Melaka itu sudah mendapat tempat di hati pengunjung.

Bagi Azie Farhana Abu Zain, 22, dia kagum ketika pertama kali melihat pertunjukkan air pancut berirama itu.

”Saya berasa teruja melihat air pancut ini ‘menari’ mengikut lagu dengan cahaya berwarna-warni menambah tarikan apabila ia menerangi seluruh kawasan ini,” katanya.

Bagi pelajar Kolej Multimedia Melaka, Ummu Sakinah Muhd. Zawawi, 22, pemandangan di kawasan itu amat menarik dan ia menarik pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

”Jika kita lihat, air pancut berirama juga terdapat di negeri lain tetapi Melaka menonjolkan satu keunikan di mana lagu yang didendangkan menonjolkan budaya kita.

”Selain itu, cahaya yang menerangi tempat ini memukau mata setiap pengunjung yang datang,” katanya.

Category: Berita  2 Comments
Cikgu Fairuz…

Kedatangan Cikgu Fairuz dari Bota, Perak ke Jafmanurin’s Homestay kami alu-alukan.
Ini adalah kali ke tiga beliau memilih homestay kami kerana mempunyai urusan di Melaka Warisan Dunia.
Harapan kami semoga beliau berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan dan seterusnya menjadikan Jafmanurin’s Homestay sebagai tempat penginapannya apabila ke Melaka lagi.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- beliau adalah tetamu kami dari 04-06/09/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
Lagi Produk Pelancong Baru Wujud Di Melaka

Menerusi Kerjasama BPP & Seafarer Explorer
Lagi Produk Pelancong Baru Wujud Di Melaka

BANDARAYA MELAKA, 26 Ogos – Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri Melaka akan mengadakan kerjasama dengan Seafarer Boat Explorer Sdn Bhd untuk mempromosikan Melaka menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Melaka.

Promosi tersebut adalah dengan mengadakan pakej untuk pengunjung menaiki bot Seafarer Explorer Cruise melihat keindahan beberapa kawasan di sekitar pantai di negeri Melaka.

Pakej itu melibatkan Menara Taming Sari (MTS) yang dijadikan sebagai pusat mempromosikan produk pelancongan tersebut dengan menjual tiket-tiket kepada para pengunjung yang menaiki crusie itu.

Selain membwa pelancong bersiar-siar di Pulau Upeh, Sungai Melaka, Eye On Malaysia (EOM) dan Masjid Terapung iaitu Masjid Selat, pelancong juga akan dapat menikmati makanan di dalam bot berkenaan yang juga termasuk di dalam pakej tersebut.

Ianya merupakan satu lagi produk pelancongan terbaru yang kini dalam perancangan mengikut “1 Stok Centre”, di mana produk pelancongan itu menelan modal lebih RM1/2 juta.

Lebih hebat lagi apabila pakej berkenaan melibatkan semua agensi berkaitan pelancongan dapat bersatu dan ini secara langsung akan meningkatkan ekonomi pelancongan di negeri yang kaya dengan sejarah ini.

Pengarah Urusan Seafarer Boat Explorer, Mike Thien berkata, cruise tersebut bukan sahaja membawa pelancong pada waktu siang hari, malah turut dibawa bersiar pada waktu malam.

Katanya, pakej tersebut adalah untuk tingkatkan kemasukan pelancong yang menjadi salah satu agenda utama kerajaan negeri bagi mempromosikan Melaka yang telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) oleh UNESCO pada 7 Julai tahun lalu.

“Hasrat mewujudkan pakej pelancongan ini bukan satu perkara baru, tapi sudah lama dikehendaki oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Jadi, saya berazam untuk memenuhi hasrat Ketua Menteri dan saya sahut cabarannya, “Malaysia boleh, Melaka lagi boleh”, sekaligus merealisasikan konsep Perdana Menteri iaitu “1Malaysia”.

Mike berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media ketika mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Seafarer di Klebang, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan negeri, Nazary Ahmad bersama para pegawai dan kakitangannya; Ketua Pengarang Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI), Ishak Dalib; Priseden Kelab Media Massa (KEMM), Mohd Rafi Bacikdan para jemputan lain.

Buat masa ini katanya, sebanyak tiga cruise telah digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar dan ianya telah menunjukkan perkembangan positif, di mana pelbagai pihak mahukan cruise-criuse itu ditambah lebih banyak lagi.

“Sekarang ini, bot bersiar pada waktu malam dinamakan “Moonlighting”, waktu siang”Island Hopping” dan “Safari Cruise”.

“Safari Cruise juga akan membawa pelancong dari Klebang hingga ke Sungai Linggi dan kesemua perjalanan akan memakan masa selama 45 minit termasuk menyediakan pakej makanan di dalam cruise terbabit,” katanya.

Jelas Mike, kini pihaknya sedang mengadakan promosi bagi para pengunjung menaiki cruise terbabit dengan bayaran RM55 setiap seorang dalam tempoh masa tiga bulan mulai dari sekarang.

“Pada masa sekarang ini juga kami juga sedang membina sebuah cruise berukuran 60 kaki untuk muatan 60 penumpang untuk tujuan yang sama,” ujar Mike.

Beliau memberitahu, pihaknya juga dalam perancangan untuk menambah crusie-cruise iaitu menjadikan kesemuanya 10 buah.

Ujar Mike, kesemua cruise itu tidak sama seperti bot-bot lain terdapat di negeri ini kerana crusie-cruise tersebut boleh mengharungi lautan.

“Dengan adanya cruise-cruise itu nanti ianya akan menggunakan pemandu pelancong (tour operater”) terdiri daripada para nelayan yang mahir tentang laut.

“Ini secara tidak langsung akan membantu para nelayan yang telah berhenti menangkap ikan di laut untuk mendapatkan pendapatan sampingan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mike turut meminta pihak pengurusan Bas Panorama yang membawa pelancong supaya mengadakan perjalannya hingga ke Pantai Kundur, di sini, untuk tujuan promosikan sekitar pantai di kawasan itu.

“Dengan berbuat demikian secara tidak langsung akan meningkatkan perniagaan di kawasan berkenaan, selain pelancong dapat menikmati makanan laut di deretan gerai terdapat di situ,” katanya.

Category: Berita  One Comment
PRODUK BARU MELAKA TARIK PELANCONG

Muzium Pulau Besar, Muzium Kapal Selam
PRODUK BARU MELAKA TARIK PELANCONG

AYER KEROH, 19 Ogos – Melaka akan menambah dua buah muzium lagi pada tahun hadapan iaitu Muzium Pulau Besar dan Muzium Kapal Selam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kerajaan pusat melalui jemaah menterinya telahpun meluluskan permohonan mengenainya yang dibuat oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bersama Kementerian Pertahanan yang mewakili Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) sendiri pada tahun lalu.

“Dengan kelulusan itu, Melaka dapat menambah dua buah lagi muzium, sekaligus menjadikan 23 buah muzium di negeri ini,” katanya.

Katanya, Kapal Selam milik TLDM yang berpengkalan di Cherboug, Perancis sebelum ini digunakan oleh anggota pasukan keselamatan negara untuk berlatih itu akan diletakkan di Pulau Besar, pada tahun depan.

Jelasnya, kapal selam jenis Augusta sepanjang 67.6 meter dan lebar 6.8 meter itu digunakan sebagai tempat latihan anak-anak kapal selam pertama negara, Scorpene atau KD Tunku Abdul Rahman dijadual tiba di Selat Melaka pada 16 Disember ini, sebulan selepas berlepas dari limbongannya di Brest, Perancis.

“Kapal selam ini akan ditempatkan berhampiran Muzium Pulau Besar dan bakal menjadi muzium ke-22 di Melaka, sudah tentu ia bakal menjadikan satu lagi tarikan terbaru di negeri ini dalam bidang pelancongan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri di sini, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, kos pembiayaan bagi membawa pulang kapal selam berkuasa diesel itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan, manakala kerajaan negeri menanggung kos penempatannya di Pulau Besar.

Ujarnyanya, dengan kehadiran kapal selam itu, Melaka kini sebaris dengan Russia, Jerman, India, Australia, Perancis dan Indonesia yang mengubahsuai kapal selam lama sebagai muzium.

“Kita akan mengambil contoh Muzium Kapal Selam di Jakarta, Indonesia untuk dibina di sini dan saya yakin ia mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Melaka,” katanya.

Tambahnya, semua kerja mengubahsuai ruang dalaman kapal selam itu dijangka mengambil masa tiga bulan dan akan mula beroperasi selewat-lewatnya menjelang April 2010.

Category: Berita  Leave a Comment
SENI CAHAYA 'PANI' WARNAI KEINDAHAN MALAM DI MELAKA

Bakal Tingkatkan Imej, Populariti Pelancongan
SENI CAHAYA ‘PANI’ WARNAI KEINDAHAN MALAM DI MELAKA

BANDARAYA MELAKA, 19 Ogos – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Melaka bakal menjadi lokasi pertama di Asia Tenggara mengaplikasikan ‘Pani Projection And Lighting’ untuk memancarkan cahaya luar biasa yang terhasil dari keajaiban lensa bagi mewarnai malam-malam gemilang di sekitar bandaraya.

Beliau memberitahu produk yang menggabungkan kepakaran teknologi terkini dengan keajaiban cahaya dijangka menjadi satu lagi value added kepada produk-produk pelancongan sedia ada.

Katanya lagi kewujudan Pani Projection & Lighting bakal menggamit lebih ramai pengunjung datang untuk melihat keindahan seni cahaya pani projector ke Melaka, ‘Negeri Taman Tema Lagi Bersejarah’ terulung di Malaysia.

“Ia juga bakal menterjemahkan keunggulan sebenar Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dan destinasi pelancongan yang sentiasa peka kepada perkembangan teknologi semasa serta sentiasa mendahului lokasi pelancongan lain dari segi penawaran produk-produk pelancongan,” ujar Mohd Ali berucap melancarkan ‘Pani Projection And Lighting’, semalam.

Ketua Menteri percaya beberapa promosi yang bakal dijalankan oleh Hectares & Hectres Advertising & Marketing Sdn Bhd selaku agen tunggal produk dari Austria itu akan mencapai sasaran dan akan meningkatkan lagi imej serta populariti Melaka.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Datuk Zulkifli Mohamad; Pengarah Urusan Hectares & Hectres Advertising & Marketing Sdn Bhd, Jufry Anuar Azmi dan Pengarah Aftera Atlantik Sdn Bhd, Muslan Jamil.

Mohd Ali juga memaklumkan bahawa Jufry Anuar Film Production milik Jufry Anuar bakal menggunakan teknologi pani ini di dalam penerbitan filem sulungnya berjudul ‘JEBAT’ yang akan diproduksikan di Melaka sepanjang November ini.

“Sebagai bandaraya yang banyak menyimpan khazanah sejarah, saya berharap penerbitan filem ini nanti dapat meningkatkan promosi yang boleh mengundang kehadiran lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri yang tentunya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta perniagan di negeri ini,” kata Mohd Ali.

Sementara itu Jufry Anuar ketika ditemui memberitahu syarikatnya telah mengenalpasti lima lokasi strategik sekitar bandaraya bagi tujuan mempromosikan keindahan seni cahaya pani projector.

“Ia merupakan satu produk unik yang mampu merubah wajah sesebuah objek atau bangunan menggunakan teknologi pani yang membiaskan corak-corak warna menarik di permukaan dinding,” ujarnya.

Buat permulaan katanya, ‘Pani Projection & Lighting’ akan diletakkan di MITC, Graha Makmur, Sungai Melaka serta Melaka Theme Park sebaik sahaja ia beroperasi.

Category: Berita  Leave a Comment
Hospital Parit Buntar…


Selamat datang pihak Jafmanurin’s Homestay ucapkan kepada peserta Tilawah Al Quran Kementerian Kesihatan Kali ke 20 ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Peserta dari Hospital Parit Buntar , Perak yang mewakili Negeri Perak telah memilih Jafmanurin ’s Homestay sebagai tempat menginap sepanjang berlangsungnya acara tersebut dari 17-19/08/2009.

Tahniah juga kami ucapkan kepada Pn. Hjh. Norzan dari Hospital Parit Buntar yang mewakili Perak kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara tersebut.
Pihak kami berharap tetamu kami berasa selesa dan berpuashati sepanjang menginap di homestay kami dan harapan kami agar homestay kami akan menjadi tempat pilihan apabila ke Melaka kelak.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- ini adalah tetamu kami dari 17-19/08/2009

Category: Tetamu  Leave a Comment
Selia Selenggara Sdn. Bhd…

Terima kasih yang tidak terhingga pihak Jafmanurin’s Homestay ucapkan kepada Cik Suria dari Selia Selenggara Sdn. Bhd. kerana terus memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan tempat penginapan kepada pekerjanya semasa berada di Melaka.
Ini adalah kali yang ke enam dan ini merupakan satu kerpercayaan dan perhargaan kepada Jafmanurin’s Homestay.
InsyaAllah kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua tetamu kami.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homesyay”

- Selia Selenggara Sdn. Bhd. Adalah tetamu kami dari 17-18/08/20

Category: Tetamu  Leave a Comment
WONDERLAND THEME PARK PRODUK BARU PELANCONGAN

Bakal Tarik 300,000 Pelawat Setahun
WONDERLAND THEME PARK PRODUK BARU PELANCONGAN

MUMBAI, 12 Ogos – Industri pelancongan negeri Melaka terus menempa kemajuan apabila sebuah lagi produk baru pelancongan negeri berasaskan rekreasi, Melaka iaitu Wonderland Theme Park yang sedang dalam pembinaan di Ayer Keroh, dijangka siap dan memulakan operasinya Disember depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, taman tema air itu bernilai kira-kira RM28 juta dimajukan sektor swasta dengan keluasan tapak 32 ekar, mampu menarik sekurang-kurangnya 300,000 pelancong baru setahun.

Menurutnya, Melaka Wonderland Theme Park mengandungi 28 produk permainan dan rekreasi air, mampu menampung sehingga 4,000 pengunjung pada suatu masa menjadi sekaligus menjadi pelengkap kepada industri pelancongan negeri yang semakin popular di peringkat global sekarang.

“Pada masa ini kerja-kerja penyiapan tapak taman itu sedang rancak dilaksanakan pemajunya, Agib Engineering manakala peralatan untuk tujuan itu sedang disiapkan oleh syarikat Arihant Industrial Corporation Limited di sini,” katanya.

Mohd Ali berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai kemajuan projek itu yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Arihant Industrial Corporation Limited, Mangesh Taksale di kilang syarikat berkenaan di sini, hari ini.

Mohd Ali yang dalam rangka lawatan kerja lima hari ke India, termasuk Mumbai dan Hyderabad, mengunjungi kilang itu bagi melihat sendiri kerja-kerja penyiapan peralatan untuk taman tema itu yang dilaksanakan syarikat berkenaan.

Hadir sama, Pengarah Urusan syarikat, Rajen Shah.

Selain melawat kilang itu, Ketua Menteri turut melawat syarikat Reliance Industries Limited dan kilang Actics Biologics yang menghususkanbidang bioteknologi.

Hari ini (semalam) Ketua Menteri melawat syarikat Vivobio terletak di Hyderabad, kira-kira satu jam 15 minit penerbangan dari Mumbai sebelum berlepas pulang ke Melaka pada sebelah malamnya menerusi Chennai.

Delegasi Melaka turut dianggotai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md Yunos Hussin dan Timbalannya, AR Ismail Othman.

Mohd Ali berkata, beliau berpuas hati terhadap pencapaian projek taman tema itu dan yakin produk baru pelancongan negeri itu mampu menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia (BWD).

“Pendekatan pelancongan berasaskan rekreasi yang kita perkenalkan ini diharap dapat menarik kunjungan sekurang-kurangnya 300,000 pelancong setahun.

“Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan dan kemudahan berekrasi kepada rakyat Melaka serta negeri-negeri jiran seperti Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kuala Lumpur serta juga negara jiran, Singapura, malah menarik lebih ramai pelancong daripada negara-negara luar,” katanya.

Beliau berkata, kemunculan Melaka Wonderland Theme Park merupakan permulaan kepada produk pelancongan berasaskan taman tema di negeri ini, di mana lebih banyak lagi produk-produk pelancongan berasaskan rekreasi akan dibina di daerah Jasin, Alor Gajah serta juga di Pulau Besar bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu.

Ketua Menteri berharap lebih banyak sektor swasta dapat tampil ke hadapan memajukan projek-projek seumpama kerana beliau melihat terdapat keyakinan baru di kalangan mereka yang menunjukkan minat untuk melabur dalam sektor pelancongan berasaskan rekreasi.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

- WONDERLAND THEME PARK terletak berhampiran dengan Jafmanurin’s Homestay.

Category: Berita  Leave a Comment
Tetamu Sepanjang berlangsungnya HPPNPK 2009

Pihak pengurusan Jafmanurin’s Homestay dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tetamu kami semasa dan sebelum berlangsungnya Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan dari 10 hingga 16 Ogos di MITC.

Di sini disenaraikan tetamu – tetamu kami…

1. Jabatan Pertanian Putrajaya – terima kasih Pn. Zarinah & En. Yunif
2. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kelantan – terima kasih Pn. Wan Mahiran
3. Prima Image (M) Sdn. Bhd. – terima kasih En. Shah
4. Biz Creations – terima kasih En. Sham

Harapan kami semoga tetamu kami berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Ingat Melaka Ingat Jafmanurin’s Homestay”

Category: Tetamu  Leave a Comment