Berlangsung 4-6 Jun Di LTAM Batu Berendam
Joy RideS empena Karnival Udara Antarabangsa Melaka
AYER KEROH, 26 Mei- Orang ramaiberpeluang menyertai ‘Joy Ride’ (Terbang Ria) sempena Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam pada 4,5 dan 6 Jun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, KUAM 2010 kali ini dijangka lebih menarik dengan kehadiran lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara dengan membabitkan 63 pesawat pelbagai jenis.
“Selain pameran dan pertunjukan udara, orang ramai juga berpeluang menyertai ‘Joy Rides’ bagi melihat keindahan panorama sekitar bandaraya dan aktiviti ini bakal menjadi tarikan pengunjung ke karnival kali ini,” ujar Mohd Ali kepada pemberita selepas diberi taklimat mengenai KUAM 2010 oleh Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Datuk Zulkifli Mohamad, petang tadi.
Beliau berkata, pennganjuran KUAM 2010 juga bertujuan menjadikan pelancongan udara antarabangsa sebagai satu produk pelancongan terunggul.
“KUAM 2010 bakal menjana pembangunan industri udara di samping menyemarakkan ekonomi negeri sejajar dengan status Melaka sebagai negeri maju, di samping mempromosikan LTAM sebagai satu lagi pintu masuk ke Melaka yang bertaraf antarabangsa.
Sementara itu, Zulkifli memberitahu KUIM 2010 anjuran Kerajaan negeri dengan kerjasama Kelab Penerbangan 4B Malaysia (KP4B) dan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dijangka menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran statik dari PDRM, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kelab penerbangan serta pesawat peribadi.
Katanya, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pelbagai pertunjukan pesawat termasuk Pesawat Kawalan Jauh (RC); Paramotor; Microlight;p Aerobatic s RANS S10; Aerobatics PITT Special; Formation EAGLE 150B dan payung terjun.
“Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti Joy Ride menaiki helikopter, Cessna atau Microlight pada kadar bayaran yang berpatutan. Pihak penganjur menjangkakan kehadiran pengunjung lebih 10,000 orang sepanjang KUAM 2010 berlangsung,” ujarnya.
Zulkifli juga memberitahu, BPP dengan kerjasama Uni Product Matola, HBW Sinar Enterprise dan BEDUMA akan menganjurkan Melaka Sprint Race 2010 di Jalan Eye On Malaysia bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam pada 29 Mei ini.
“Setakat ini kami telah menerima sebanyak 150 penyertaan dari pelbagai kategori dari seluruh negara serta Thailand dan Singapura,” ujar beliau.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan sempena Melaka Sprint Race 2010 iaitu Kelas A-2WD Open; Kelas B- 2WD Turbo Open; Kelas C- VTEC/MIVEC Open; Kelas D-1.8 NA dan Kelas E-1.5 NA.

flat warts and probiotics…
Buy_generic drugs…
allergy testing and injections…
Buy_without prescription…
esophagus 2009 jelsoft enterprises ltd…
Buy_now it…
medicare drugs covered…
Buy_generic meds…
state of arizona ontiveros drug…
Buy_now it…
lexapro versus prozac differences…
Buy_without prescription…
sample ncp for diabetes…
Buy_without prescription…
what year was advil introduced…
Buy_now it…
Download@pop.Rock” rel=”nofollow”>.…
Buy rock US Charts…