Menarik…


MELAKA Duck Tours sejenis kenderaan jenis amfibia yang mampu bergerak di darat dan air menjadi tumpuan orang ramai yang mengunjungi negeri Melaka sempena musim cuti sekolah.

PRODUK pelancongan terbaru Melaka iaitu sejenis kenderaan jenis amfibia, yang mampu bergerak di darat dan air dikenali sebagai Melaka Duck Tours mencuri tumpuan para pengunjung di negeri ini.

Kesempatan pada musim cuti sekolah menambah peluang kepada mereka untuk mencuba produk pelancongan yang pertama ditawarkan di negara ini.

Melaka Duck Tours yang memulakan operasinya beberapa hari lalu membuka kaunter tiket bersebelahan Menara Taming Sari, Banda Hilir.

Dari situ, ia memulakan perjalanan sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut.

Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka dan naik semula ke darat berhampiran Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka.

Pengembaraan melalui jalan darat dan laut itu mengambil masa antara 45 hingga 60 minit bagi setiap perjalanan.

Harga tiket dikenakan bagi menaiki kenderaan bernilai RM2 juta itu yang diimport dari Singapura ialah RM38 seorang bagi dewasa manakala RM22 seorang bagi kanak-

Category: Berita
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>